Wednesday, June 18, 2008

Pembinaan dan Pengesahan Pembungkusan

Label dan Pembungkusan lama yang digunakan tidak berapa sesuai lagi kerana CSSB telah mempunyai pasaran yang luas dan telah dikenali ramai maka CSSB telah membuat pembungkusan baru yang dibagunkan oleh unit promosi untuk pembungkusan baru mee cik siti yang akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat ini, dimana kami masih menunggu pengesahan halal daripada pihak JAKIM. Untuk memastikan kejayaan pemasaran CSSB ke peringkat yang lebih tinggi. Kami cuba mencapai visi yang ditetapkan dalam masa yang terdekat ini. CIk Siti Sdn Bhd telah membina rangkaian pemasaran yang kuat di sekitar negeri Selangor dan kuala Lumpur dengan berdasarkan jenama produk yang semakin dikenali di pasaran. Pengguna yang bijak tentu sekali memilih keluaran yang berkualiti dan halal di samping memastikan ia tidak memberi kesan yang buruk kepada pengguna. CSSB juga telah mengawal mutu dan kualiti produk yang dikeluarkan dengan teliti di mana pada tahun ini Syarikat Cik Siti Sdnn Bhd telah mendapat Penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menepati Kajian premis makanan 2007/2008. CSSB yang mempunyai status bumiputera yang membuat makanan halal yang menjadi Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

No comments: