Thursday, June 26, 2008

Produk Mendapat Pengiktirafan JAKIM

Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat ilahi, Pada hari ini selepas saya balik dari Shah Alam untuk urusan meminta subsidi minyak diesel untuk kegunaan lori syarikat, saya telah dikhabarkan berita gembira yang produk mee bagi Cik Siti Sdn Bhd telah mendapatkan pengiktirafan HALAL JAKIM. Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat usaha beberapa tahun yang lalu untuk mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akhirnya Cik Siti Sdn Bhd telah Berjaya mendapatkan status mee kuning yang halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Selepas kali kedua membuat permohonan, Maka tanpa ragu-ragu lagi kami akan bergerak dan berusaha dengan lebih yakin dan mempunyai keazaman untuk bergerak lebih baik dan bersepadu bagi mencapai wawasan yang ditetapkan. Seiringan dengan misi yang memberikan kami masa untuk membesarkan lagi rangkaian pemasaran bagi jenama Cik Siti ini. Kami mengharapkan para pengguna sediada atau pengguna yang baru mencuba produk kami selepas ini tidak lagi was-was terhadap produk cik siti. Semestinya produk yang keluaran yang berkualiti dan halal di samping memastikan ia tidak memberi kesan yang buruk kepada pengguna. Maka pilihlah produk keluaran Bumiputera Islam yang Halal, Suci dan Lazat.

1 comment:

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Perjuangan ini adalah satu jihad dan dakwah kepada masyarakat dan negara. Tahniah!

Halal Pilihan Bijaksana.