Wednesday, June 18, 2008

Selamat Datang ke Laman Cik Siti Sdn Bhd

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan dan pelawat blog ini.... Cik Siti Sdn adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ditubuhkan pada 2002 dan beroperasi perniagaan Mee pada awal tahun 2003 yang memberi tumpuan dalam bidang pembekalan makanan halal yang diproses oleh orang Melayu Islam seperti Mee Kuning, Kuey Teow, Tauhu, Fucuk dan Santan segar.

Sejak ditubuhkan Cik Siti Sdn Bhd. atau singkatan (CSSB) telah membekalkan 200 pemborong dan pengedar dengan mendapatkan kepercayaan pelanggan-pasar borong, kantin-kantin sekolah, peniaga-peniaga runcit, peniaga pasar malam, kedai makan dan pengusaha restoren yang melebihi 600 pengguna.

jumlah pemborong/pengedar dan pelanggan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun ini mengambbarkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap kualiti barangan dan khidmat yang disempurnakan oleh CSSB. Kepercayaan yang sama juga diberi oleh pemborong-pemborong utama dan pengedar barangan untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan CSSB. Saya sedang memperbaiki mutu pengeluaran dari segi pemprosesan produk dan pengurusan pentadbiran, pemasaran dan pengeluaran produk dari masa ke masa.

Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan saya pertolongan dalam menyelesaikan masalah dalam urusan pentadbiran, saya telah mengambil 2 orang pelajar latihan industri daripada Universiti Pendidkan Sulatan Idris dan mereka telah berjaya memberi idea dan pendapat yang bernas dalam membuka Blog Cik Siti yang saya idamkan selama ini. Saya amat berbangga dengan terbinanya blog Cik Siti Sdn Bhd yang diusahakan oleh 2 orag pelajar dari UPSI ini. Dengan adanya blog sendiri bagi syarikat Cik Siti Sdn Bhd (CSSB) maka bermulalah era blog yang ditunggu oleh saya untuk memperluaskan lagi pasaran ke seluruh Malaysia. Segala maklumat produk, promosi dan laporan terkini CSSB bolehlah diberitakan di dalam blog ini, maka tidak perlu untuk saya mengambil masa yang lama memuatkan artikel atau bahan untuk tatapan pelanggan dan pelawat blog CSSB.Saya akan memuatkan secepat mungkin senarai produk bagi syarikat ini. akhir kata dari saya jangan lupa beli Produk keluaran bumiputera Islam yang halal, suci dan lazat.

No comments: