Friday, June 13, 2008

Sekilas Sejarah Mee Kuning Cik Siti

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan dan pelawat blog ini.... Cik Siti Sdn adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ditubuhkan pada 2002 dan beroperasi perniagaan Mee pada awal tahun 2003 yang memberi tumpuan dalam bidang pembekalan makanan halal yang diproses oleh orang Melayu Islam seperti Mee Kuning, Kuey Teow, Tauhu, Fucuk dan Santan segar. Mee ini diproses dan dikeluarkan oleh PENGILANG/PENGELUAR/PEMBEKAL yang beralamat di:

CIK SITI SDN BHD (587924-U)
LOT 228D, BATU 16 SG. PLONG
47000 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN
tel/fax:03-60382931

Sejak ditubuhkan Cik Siti Sdn Bhd. atau singkatan (CSSB) telah membekalkan 200 pemborong dan pengedar dengan mendapatkan kepercayaan pelanggan-pasar borong, kantin-kantin sekolah, peniaga-peniaga runcit, peniaga pasar malam, kedai makan dan pengusaha restoren yang melebihi 600 pengguna.

jumlah pemborong/pengedar dan pelanggan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun ini mengambarkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap kualiti barangan dan khidmat yang disempurnakan oleh CSSB. Kepercayaan yang sama juga diberi oleh pemborong-pemborong utama dan pengedar barangan untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan CSSB. Saya sedang memperbaiki mutu pengeluaran dari segi pemprosesan produk dan pengurusan pentadbiran, pemasaran dan pengeluaran produk dari masa ke masa.

Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan saya pertolongan dalam menyelesaikan masalah dalam urusan pentadbiran, saya telah mengambil 2 orang pelajar latihan industri daripada Universiti Pendidkan Sulatan Idris dan mereka telah berjaya memberi idea dan pendapat yang bernas dalam membuka Blog Cik Siti yang saya idamkan selama ini. Saya amat berbangga dengan terbinanya blog Cik Siti Sdn Bhd yang diusahakan oleh 2 orang pelajar dari UPSI ini. Dengan adanya blog sendiri bagi syarikat Cik Siti Sdn Bhd (CSSB) maka bermulalah era blog yang ditunggu oleh saya untuk memperluaskan lagi pasaran ke seluruh Malaysia. Segala maklumat produk, promosi dan laporan terkini CSSB bolehlah diberitakan di dalam blog ini, maka tidak perlu untuk saya mengambil masa yang lama memuatkan artikel atau bahan untuk tatapan pelanggan dan pelawat blog CSSB.Saya akan memuatkan secepat mungkin senarai produk bagi syarikat ini. akhir kata dari saya jangan lupa belilah Produk keluaran bumiputera Islam yang halal, suci dan lazat.

8 comments:

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Asalamualikum,

Tahniah kerana membangunkan Blog ini, saya telah LINK kan Blog Tuan Haji kepada Blog saya...

Semuga terbina blog ini akan memperkenalkan atau meluaskan lagi perusahaan Tuan Haji kepasaran seluruh pelusuk Bumi Allah ini... Insyallah saya berserta DOA agar perusahaan Tuan Haji sentiasa menemui kejayaan DUNIAWI & UKHRAWI...

SYABAS Tuan Haji Manan & keseluruh keluarga dan kakitangan yang telah menjayakan serta pastikan ini berterusan...

Dt said...

Syabas diatas penghasilan laman web ini. Kita haruslah seiringsejalan dengan teknologi yang wujud.

wafahafiz said...

Assalamualaikum....

Kenapa tidak paparkan ke dalam buku terbitan kami?

Malaysian Halal Directory....

Kami edarkan hanya ke pejabat2 kementerian,pejabat2 kerajaan,badan2 korporat.dll....

cetakan pertama 50,000 naskah beserta 50,000 cd rom.

cetakan ke dua mendapat subsidi dari pihak kerajaan.

setiap page untuk produk keluaran bumiputera akan mendapat potongan harga..

paling rendah adalah kategori listing,RM500.tapi berbaloi kerana ianya yearly,hanya 250 company dlm satu buku ini,dicetak dlm jumlah yg besar dan tempat pengedarannya bukan di tempat2 umum.

hubungi saya jika berminat..

Wafa:
Senior Media Executive,
Malaysia Halal Directory,
Wisma Yakin,Kuala Lumpur.

03-2692 9067

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya seorang pelajar dalam jurusan perniagaan.saya bercadang untuk mempelajari serba sedikit mengenai perniagaan mee kuning.saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada saya.

Anonymous said...

saya dari smk saujana utama ini melawat ke kilang anda yang berada di sg plong untuk kerja kursus sekolah saya. boleh tak?

Cky said...

Hai slm, sjetera.... Mcm mna nak oder mee ne... Sy cll pn tk blh dpt

Unknown said...

Assalamualaikum
Saya Nurul Ain , pelajar tahun akhir UiTM Shah Alam dari Sarjana Muda Pengurusan Industri Jalal, ingin bertanya,

Adakah Cik Siti Sdn Bhd ada membuka latihan praktikal/internship di tempat tersebut bertarikh 16 Ogos hingga 31 December 2021?

Unknown said...

Industri halal*